Sunday, January 14, 2007

Catatan Hujung...

Sahabat yg beriman ibarat mentari yg menyinar.
Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Tuhan

Semoga kamu mendapat cukup kebahagian utk membuat kamu bahagia,
cukup cubaan utk membuat kamu kuat,
cukup penderitaan utk membuat kamu menjadi manusia yg sesungguhnya,
dan cukup harapan utk membuat kamu positif terhadap kehidupan...

Kemaafan mungkin amat berat utk diberikan kepada orang yg pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dgn memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yg telah terluka...

Ambillah masa utk memahami hati dan perasaan kawan...
kerana dia juga seorang manusia..
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,sedih dan kecewa,
dia juga ada kelemahan
dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Kita selalu melihat, dia ketawa...tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangka....

No comments: