Wednesday, January 10, 2007

Mutiara Diri

Bismillahhirrahmanirrahim.... [dgn nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani]
assalamualaikum w.b.t ....

"dimulakan dgn bismillah...,
disudahi dgn alhamdulillah,
begitulah sehari dalam hidup kita,
mudah mudahan dirahmati Al
lah...."

hari ini adalah hari yg amat bersejarah di dalam hidup ku...
aku dah ade Blog aku sendiri!! da lame aku bercadang nak ade blog sendiri dan hari ini impian aku dapat direalisasikan!Alhamdulillah... hari tu aku ade buat gak blog ni tp serba tak menjadi jer...mcm-mcm halangan yg berlaku...mungkin mase tu tak brape sesuai kot..

ok lah ade baiknya aku perkenalkan serba sedikit mengenai latar belakangku...
Nma aku
Wan Nur Amirah Bt. Wan Azmi...apakah maksud disebalik nama ku ini??
"wan" diambil sempena keturunan di sebelah ayahandaku..."nur" bermaksud cahaya...cahaya hidayah dan keimanan yg selama ini aku dambakan drp Allah SWT...aminn dan "amirah" bermaksud puteri@permaisuri@pemimpin wanita..insyaallah..moga-moga termakbul sebab org cakap name tu adalah satu 'doa' dan nama ni juga yg akan digunakan sbg panggilan pabila kita semua dihisab kelak...nama ku ini diberikan oleh Ayahandaku sendiri...syukur...
aku di lahirkan pada
8 mei 1989 masihi bersamaan dgn 2 syawal 1809 hijrah di Hospital Besar Tanah Merah,Kelantan...tp aku tak pasti masa yg tepat aku dilahirkan...kesian kpd bondaku kerana terpaksa m'pertaruhkan nyawanya untuk melahirkan aku dulu tatkala ketika itu seluruh umat Islam bergembira setelah berjaya menyempurnakan salah satu rukun Islam yg lima itu..kerana aku diberi kesempatan utk hidup di muka Bumi Allah yg fana ini...
sekarang usiaku sudah menjangkau
17tahun...umur yg masih mentah lg...yg terpaksa berhadapan dengan pelbagai konflik diri dalam pengembaraan utk mencari 'identiti diri" sendiri...
aku hidup dalam keluarga yg besar dan serba sederhana...alhamdulillah..aku mempunyai 11org adik-beradik...5lelaki dan 6 perempuan...tapi sekang hanya tinggal 10 orang sebab kekanda sulungku telah terlebih dahulu pergi menyambut panggilan Ilahi...aku tak pernah menatap wajahnya...menurut ibuku,kekanda aku meninggal dunia kerana lemas di dalam kandungan...betuah bonda dan ayahandaku...kerana kekandakulah yg akan membentu meraka pabila diakhirat kelak nanti selain dr syafaat Rasulullah SAW...aku berdoa agar diri ku jua begitu aminn...

aku ni seorang yg pendiam...kalau org tak knl aku...sure dorang pasti kate aku ni sombong...tp sebenarnya aku tak sombong...aku lbh suka diam b'banding bercakap kosong...tapi aku ni seorang pendengar yg baik...aku suka org share masalah dorang kat aku...tp aku ni seorang yg perahsia..bukan tak percaya kat org tp tu mmg sifat semulajadiku...tp kadang2 kalau aku ada masalah yg memerlukan aku luahkan kat sape-sape, aku lbh suka luahkannya kat kak ngah dan adik aku...dorang plh dkt dgn aku...tp Allah Yang Maha Esa tempat aku mengadu setiap masa dan ketika...kerna Allah lbh mengetahui.
Dari sudut member rapatku pula, dorang anggap aku seorang yg frenly..suka mendengar berbanding bercakap dan cool...huhu tu kate dorang la...aku pun rase macam tu kot.hehe di skolah, aku ni dikenali sbg budak skema@sivik ...aku pun tak tahu knp dorang panggl aku camtu...bg aku, aku ni macam pelajar dan remaja lain gak...cume aku ni tak suke lepak2 or 'b'hijrah' dari mejaku utk ke meja sahabat yg lain bila cikgu tiada...(b'borak lew..)haha!
aku ni ske sgt wat keje last minit!!aku akan cuba ubah tabiat aku ni kerna aku sdr banyak implikasi -ve b'banding +ve...

No comments: